IOF tangkap seorang guru rakyat Palestin dari rumahnya dan 4 orang lagi

Selasa, 31-01-2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menahan seorang guru yang mengajar Bahasa Arab dari rumahnya di Kampung Arura, di wilayah Ramallah pada hari Selasa lalu, kata Yayasan Mandela.

Menurut yayasan itu, IOF telah menyerbu rumah Nirmeen Mohammed Salleh dan menyebabkan kekecohan. IOF juga memecahkan tingkap rumah mangsa serta merampas telefon bimbit dan komputer peribadi milik mangsa sebelum membawanya pergi dengan mata tertutup dan tangan digari. Yayasan itu turut memaklumkan, atas permintaan keluarga mangsa, pihaknya telah berusaha menghubungi dan mendapat tahu bahawa Nirmeen telah ditahan di Pusat Tahanan Maskobeh di Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa