Seorang Lelaki Terbunuh Akibat Runtuhan Terowong Rafah

Selasa, 31-01-2012 – Seorang lelaki terbunuh pada hari Rabu setelah terowong penyeludupan runtuh dibawah sempadan bandar Rafah diselatan Gaza. Sumber perubatan di Genting Gaza mengatakan bahawa Faraj Abu Mustapha, 28, sedang bekerja didalam terowong tersebut sewaktu ianya runtuh. Wartawan Ma’an berkata, Abu Mustapha telah terlibat dalam penyeludupan simen ke Genting Gaza. Dibawah sekatan Israel yang melumpuhkan itu, terowong tersebut merupakan jalan penyelamat kepada penduduk-penduduk dikawasan enklaf pantai.

sumber : Ma’an News
penterjemah : amsyar