PFLP Puji Tindakan Berani Hizbullah

Jumaat, 14/07/2006 –
PFLP memuji tindakan Hizbullah yang berjaya menculik dua tentera Israel di lokasi pos tentera Israel selatan Lubnan.

PFLP berkata penyerbuan pejuang Hizbullah merupakan respons yang terbaik terhadap keganasan dan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyeru semua negara Arab bertindak demikian mengutuk kekejaman Israel. Sumber PFLP itu juga menyeru semua kumpulan pejuang bersatu dan membina kekuatan dan bersama-sama menentang keganasan Israel dan pada masa yang sama menuntut Israel membebaskan tahanan Palestin dan Arab yang lain.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.