Molcho Membentangkan Pendirian Secara Lisan Terhadap Borders

Selasa, 31-01-2012 – Harian Israel, Haaretz, melaporkan pada hari Rabu yang lalu bahawa Duta Israel, Yitzhak Molcho, membentangkan satu pendirian Israel secara lisan ke atas isu sempadan, semasa mengadakan perbincangan dengan Ketua Perunding Palestin, Dr. Saeb Erekat, di Amman – Jordan.

Haaretz menyatakan bahawa Molcho hanya menyampaikan satu pendirian secara lisan, dan tidak memberikan apa-apa dokumen dalam hal ini; pendirian tersebut hanya termasuk prinsip-prinsip umum tanpa mengemukan mana-mana peta atau nisbah pertukaran tanah.

Salah satu prinsip yang dibentangkan oleh Malcho adalah permintaan Israel iaitu, di bawah mana-mana perjanjian damai kekal dengan rakyat Palestin, peneroka Yahudi yang tinggal di Tebing Barat, di kawasan yang diisytiharkan oleh Israel sebagai “tanah Israel”, harus kekal di kawasan penempatan mereka yang akan menjadi “sebahagian daripada Israel”.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas