Serangan Udara Bunuh Warga Palestin

Isnin ,17/07/2006 – Sekurang-kurangnya seorang warga Palestine terbunuh dan 10 yang lain cedera apabila pesawat tempur Israel melakukan serangan ke atas penempatan awam di bandar Gaza pada pagi Sabtu.

Menurut saksi, pesawat tempur Israel melepaskan sekurang-kurangnya 2 bedilan ke arah bangunan 2 tingkat milik keluarga Younis di As-Sahaba Street. Bedilan itu membunuh Omar Younis dan mencederakan 10 yang lain termasuk bayi yang baru lahir, wanita dan warga emas.

Pasukan perubatan melapurkan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Shifa, dua dilapurkan dalam keadaan serius. Sebelum itu, tentera pengganas Israel melepaskan tembakan rawak ke arah Ibrahim Abu Mugheiseb, 18, penduduk al-Ajeen, timur Deir al-Balah City di bahagian tengah Genting Gaza membunuhnya dengan serta-merta. Mayatnya telah dibawa ke hospital Al-Aqsa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.