Laporan Terbaru PBB Tunjukkan Peningkatan Drastik Pelarian Palestin Disebabkan Oleh Pencerobohan Israel.

Selasa, 31-01-2012 – Hampir 1,100 rakyat Palestin, lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal apabila rumah yang mereka diami diceroboh di West Bank oleh tentera Israel pada tahun 2011 – lebih 80 peratus lebih tinggi daripada tahun lepas, menurut laporan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada 26 januari 2012.

” Pencerobohan dan pengusiran terjadi di kawasan berpenghuni, di West Bank,” laporan yang disediakan oleh pegawai PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), menambah bahawa 4200 orang terjejas disebabkan oleh pencerohon terhadap tempat tinggal mereka.

Laporan itu juga menyebut bahawa tentera Israel telah memusnahkan 622 buah binaan yang dimiliki oleh penduduk Palestin termasuklah rumah, kandang-kandang haiwan ternakan, madrasah dan juga masjid, dimana peratusannya meningkat 42 peratus daripada tahun 2010.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon