Speaker Mesir tolak jemputan melawat Israel

Selasa, 31-01-2012 – Speaker Parlimen Mesir, Mohamed Al-Katatni menyatakan beliau enggan menerima surat yang dihantar oleh speaker Knesset, Reuven Rivlin bagi menjemput beliau untuk melawat Israel dan mengiktiraf Knesset.

Kenyataan ini dipetik dari laman twitter Katatni kerana Israel semakin bimbang mengenai hubungan mereka dengan Mesir, yang secara umumnya telah semakin buruk sejak parti Islam mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen.

Jemputan yang sama turut diterima oleh Speaker Parlimen Turki, Cemil Çiçek yang kemudiannya telah menolak jemputan Knesset tersebut Rabu lepas. Beliau berkata beliau tidak dapat melawat Israel atas sebab hubungan yang tegang antara kedua-dua belah pihak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

One Comment

Comments are closed.