Rejim Zionis tertekan dengan serangan bersepadu pejuang Palestin dan Hizbullah

Isnin, 17/07/2006 –

Dalam satu sidang akhbar Ahad lalu(16/06/2006), kumpulan
pejuang Palestin berkata operasi ketenteraan yang
dilancarkan pasukan Al-Buraq merupakan rangkaian bersepadu
dengan pejuang Hizbullah untuk menyerang rejim Zionis.


Palestin turut menyatakan kesedihan atas
tindakan berdiam diri Liga Arab dengan serangan
menggila rejim ini 3 minggu lalu. Dalam perkembangan
lain, sumber Israel telah mengesahkan 2 roket telah
mengenai penempatan Sderot dan tiada kehilangan nyawa
di laporkan tetapi terdapat kerosakan besar terhadap
perumahan di situ.

Sementara itu, pejuang Brigade Al-Qassam mengaku
bertanggungjawab melancarkan roket al-Qassam ke arah penempatan
Netevot. Sumber Israel turut menyatakan kebimbangan adanya
serangan bom manusia oleh mati pejuang Palestin di sekitar
bandar2 utama yang dijajah. Sekatan-sekatan jalanraya di bandar Nablus
dan Salfit telah giat dijalankan untuk menyekat kemaraan
pejuang Palestin dan Hizbullah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.