Lubnan: 110 Syuhada 250 Cedera

Isnin, 17/07/2006 –
Lebih 110 orang menjadi syuhada termasuk 20 kanak-kanak dan satu wanita tua sementara lebih 250 orang cedera dalam keganasan berterusan Israel.


Kekejaman Israel diteruskan untuk hari yang keempat berturut-turut dan memusnahkan infrastruktur kepentingan awam dalam usaha Israel mengasingkan dan memutuskan Lubnan dari dunia luar.

Ayalon bekas ketua tentera laut Israel berkata mereka tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan Hizbullah dan Hamas dimana Hizbullah berjaya menyerang kapal perang Israel dan Israel perlu melakukan laporan bedah siasat secepat mungkin untuk mengetahui dimana silap mereka.

Sementara itu, tentera zionis mula mengubah garis sempadan dengan Lubnan dan juga meletakkan pelancar Patriot di sekitar Haifa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.