Israel Benarkan Tenteranya Serang Orang Awam Lubnan

Isnin, 17/07/2006 –

Menteri “perang” Israel, Amir Peretz telah mengeluarkan arahan kepada pegawai tentera bawahannya untuk menghapuskan semua tempat yang dicurigai sebagai kubu pejuang Lebanon, walaupun tempat tersebut merupakan perumahan rakyat awam. Pernyataan ini dikeluarkan Peretz dalam sidang akhbar semalam Ahad (16/7) di Haifa, wilayah Palestin jajahan 48.

Peretz berkunjung ke Haifa dalam rangka melihat secara langsung para mangsa serangan Hizbullah di
kota tersebut. Beliau mendakawa bahawa dalam serangannya, tentera Israel masih menggunakan adab dan sopan santun. Akan tetapi keadaan di Lebanon berbeza, dimana senjata-senjata pejuang terdapat di rumah-rumah warga awam, katanya.

Oleh karena itu, pihaknya memberi kebebasan kepada tenteranya untuk menggunakan semua kekuatan untuk meghancurkan semua tempat yang diyakini menjadi sarang pejuang Hizbullah atau tempat simpanan senjata.

Dilaporkan bahawa kota Haifa dan beberapa bandar lain digempur roket Hizbullah. Hakikatnya pihak yang menyerang wilayah-wilayah Israel bukan hanya pasukan Hizbullah di Lebanon saja, sehingga kini, pasukan pejuang Hamas dan Barisan Kerakyatan masih giat melancarkan roket-roketnya ke kawasan penduduk Israel. Akibatnya, sejumlah bangunan rosak dan warga Israel cedera dan terbunuh.

Peretz menambah bahawa mereka tidak akan menutup mata dari ancaman Iran, Syria dan Hizbullah di Lebanon. Semua negara yang mempunyai otoriti politik menentang Israel, akan mendapat balasannya. Jika Lebanon ingin melakukan gencatan senjata, maka mereka harus meletak senjata kelompok “teroris” serta menyerahkan tawanan Israel.

Peretz berulang kali mengancam, bahawa pihaknya telah memberikan kuasa kepada tenteranya untuk
melakukan apa saja bagi menumpaskan kumpulan pejuang Islam. Namun Peretz menginginkan agar Lebanon masuk ke kancah peperangan dengan Israel. Beliau mengatakan bahawa tenteranya akan menjadikan Lebanon seperti Genting Gaza. Namun beliau tidak mengatakan dengan jelas apakah Israel akan menjajah Lebanon atau akan mendudukinya atau hanya menguasainya saja, tunggu dan lihat sehingga masanya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.