Rabu, 08-02-2012 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya meninggalkan Semenanjung Gaza Isnin lepas, menuju Lapangan Terbang El-Arish di Mesir di mana beliau menaiki jet peribadi Qatar ke Doha.
Penasihat politik Haneyya, Yousef Rizka menyatakan bahawa Haneyya akan bertemu dengan Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani pada hari Selasa. Beliau berkata perbincangan tersebut akan menangani isu-isu utama seperti Jerusalem, urusan-urusan penyelesaian, judaization, dan mensasarkan kepada penggubal undang-undang.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah