Keadaan Semakin Tegang di Sempadan Lubnan

Selasa, 18/07/2006 –
Pesawat pejuang rejim Zionis telah mengebom posisi Hizbullah di Lubnan dalam serangan yang masuk hari ke-6 tetapi serangan tersebut tidak menyekat pejuang Hizbullah utk melancarkan 50 roket ke arah bandar2 utama.

Di Lubnan, kemarahan makin memuncak akibat serangan rejim Zionis yang mengorbankan sekurang2nya 40 orang awam. Serangan nekad itu telah memusnahkan sebuah bas yang mengakibatkan 12 penumpang mati.

Sumber berita Reuter menyatakan bas itu membawa penumpang untuk berpindah dari kawasan bahaya ke arah Beirut bagi mendapat perlindungan.

Israel berkata, pihaknya akan terus menyerang Hizbullah sehingga mereka meletakkan senjata dan melepaskan tawanan rejim tersebut. Setakat ini serangan rejim tertumpu di bahagian sempadan dan 2 kota utama iaitu Saida dan Tyre.

Setakat ini, serangan roket pejuang Hizbullah telah mengorbankan 24 orang rejim Zionis.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.