Rakyat Palestin menyerang balas!

Selasa, 18/07/2006 –
Di tengah-tengah kerakusan pihak tentera rejim Zionis mengebom rumah-rumah dan masyarakat awam Palestin di Gaza, pihak pejuang Palestin telah melakukan serangan balas. Briged al-Qassam telah melepaskan 22 roket al-Qassam ke Naqab, selatan Palestin 1948 pada awal pagIsnin 17 Julai 2006.

Pihak Zionis hanya melaporkan kecederaan ringan yang menimpa warga mereka sahaja kesan serangan tersebut sambil menyembunyikan angka yang sebenar. Mereka juga telah melancarkan 3 buah roket al-Yassin yang merupakan roket terkini jarak jauh mereka ke kawasan tenterea Zionis di Bayt Hanun.

Serangan tersebut juga telah menyebabkan kecederaan bagi rakyat Zionis tanpa dikeluarkan bilangan rasminya. Komando Jihad Islami, Briged Saraya al-Quds pula telah melancarkan empat roket al-Quds ke bandar Asqalan dan kawasan penempatan Yahudi di Esderot. Alwiyat al-Nasir yang merupakan pecahan Fatah pula telah melancarkan roket RPG ke arah konvoi tentera Zionis di Bayt Hanun dan telah berjaya mencederakan enam orang komando mereka..

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.