Majoriti Penduduk Inginkan Tawanan Israel Ditukar

Selasa, 18/07/2006 –
Hasil pungutan suara di Palestin, Isnin 17/7 menunjukan, 96,3 % warga Palestin menghendeki penyelesaian masalah tawanan Israel yang ditangkap pasukan perjuang beberapa hari lalu, ditangani oleh kumpulan pejuang dan hanya boleh dibebaskan dengan cara pertukaran tawanan .

Pernyataan ini dikeluarkan dalam referendum yang diadakan oleh pusat pengundian Palestin yang
diketuai DR. Nabil Kakuli.

Beliau mengatakan, pihaknya sudah melakukan referendum mulai hari Selasa 4 Julai 2006 hingga hari Jumaat 7 Julai 2006. Pihaknya telah mengumpulkan suara sebanyak 1050 yang dipilih secara rawak dari penduduk Tebing Barat, termasuk al-Quds terjajah serta wilayah Genting Gaza. Rata-rata responden berumur 18 tahun ke atas.

Nabil Kalkuli menjelaskan, kami telah pergi ke 156 perkampungan, 113 antaranya dari Tebing Barat
dan 43 kampung dari wilayah Genting Gaza. Darjah selisih kesalahan sekitar 3%. Sementara darjah
ketepatan adalah sekitar 95%.

Nabil menambah, jumlah responden yang bersetuju pertukaran tawanan adalah sebesar 96,5 % dari
Tebing Barat dan 96 % dari Genting Gaza.

Daripada keputusan pengundian ini ternyata majoriti warga Palestin menginginkan, agar pihak kerajaan mengambil kesempatan dari tawanan Israel tersebut, untuk membebaskan sebagaian saudara mara mereka yang dipenjarakan Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.