Haneyya: Serangan Israel tidak akan mencapai matlamatnya

Rabu, 19/07/2006 –
Perdana Menteri PA, Ismail Haneyya menegaskan bahawa kempen ketenteraan Israel di Lebanon dan Semenanjung Gaza tidak akan mencapai matlamat yang disasarkan untuk mematahkan semangat rakyat serta memusnahkan Arab dan umat Islam.

Beliau memberitahu wartawan Isnin lalu bahawa serangan Israel menjelaskan bukti nyata kewujudan “plan Zionist” untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu lebih daripada untuk membebaskan seorang tawanan. Haneyya berpendapat kempen yang dijalankan adalah bertujuan menjatuhkan pengaruh golongan yang menentang Israel namun menekankan bahawa usaha Israel itu akan berakhir dengan kegagalan.

”Apa yang berlaku di Beit Hanun (mengulangi pencerobohan dan pemusnahan oleh Israel) adalah selari dengan apa yang berlaku di Beirut dan semua Bandar-bandar Lebanon, kampung-kampung serta kem-kem pelarian,” kata Haneyya.

Perdana Menteri itu mengutuk keras tindakan Israel memusnahkan infrastuktur Palestin serta serbuan askar Israel yang sebenarnya bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan PA yang ditubuhkan Hamas. Beralih kepada isu lain, Haneyya berkata bahawa pintu masih terbuka untuk paksi-paksi Palestin lain bergabung dengan kerajaan. Mengulas kenyataan Presiden PA mengenai penubuhan kerajaan bersekutu selepas berakhirnya krisis yang melanda Palestin kini, Haneyya berkata kerajaan yang akan diwujudkan itu selari dengan kesefahaman kebangsaan yang dicapai baru-baru ini.

Beliau mengulangi manifesto pertama kerajaannya bahawa peluang akan terus terbuka kepada paksi lain untuk menyertai mereka. Perdana Menteri akhirnya berkata bahawa kerajaan tidak telibat secara langsung dalam isu penawanan seorang askar Israel oleh pejuang Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.