Paris Kecam Pembinaan 600 Unit Perumahan Israel di Tebing Barat


COMES: Paris ? Perancis mengecam kerajaan Israel yang memberikan lampu hijau bagi pembinaan 600 unit rumah dan bangunan tambahan di perkampungan Yahudi Maaliah Adwim di Tebing Barat, kata jurucakap rasmi diplomat Perancis.

Jurucakap turut menambah bahawa keputusan Israel ini bertentangan dengan ?Road Map? yang digariskan.
Pada hari Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Israel mengumumkan akan membenarkan pembinaan 600 unit tempat tinggal baru di Maal Adwim yang akan dihuni seramai 200 warga Yahudi.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel Shaul Movaz mengatakan bahawa kawasan perkampungan Israel Maal Adwim, Kyis Itziun adalah perkampungan penting di Tebing Barat dan semuanya akan dimasukan ke dalam wilayah tembok Israel untuk memisahkan negara Israel dengan Tebing Barat. Perkampungan Maali Adwim adalah sebahagian dari Al-Quds yang akan dihubungkan secara regional dengan ?ibu kota?. (ATB)

Kerja2 pembinaan sedang giat dijalankan Israel