Rejim Zionis kepung Nablus,berundur dari Bait Hanun

Rabu, 19/07/2006 –

Wartawan Al Jazeera melaporkan dari Tebing Barat, rejim Zionis telah mengepung Bandar Nablus dalam tempoh beberapa jam pertama hari Selasa dengan mengunakan kereta kebal dan jentolak-jentolak.

Tambah laporan itu lagi tujuan penjajahan tersebut ialah untuk memasuki Baldha Qadimah.Rejim Zionis dilaporkan telah menawan beberapa buah bangunan yang berada disepanjang Baldah serta menyerang hebat dan membabi buta kawaan itu dan ditentang hebat oleh pihak pejuang Palestin.Walaubagaimanapun tidak ada berita tentang korban jiwa.

Pencerobohan keatas Nablus berlaku dlam tempoh kurang 24 Jam selepas kematain seorang rejim Zionis dan 3 lagi cedera parah dalam satu serangan bom yang mensasarkan konvoi mereka di bandar tersebut. Wartawan Al Jazeera melaporakn bahawa Briged Suyahda` Al-Aqsa sayap ketenteraan Fatah telah meletupkan bom tersebut ketika rejim Zionis tersebut sedang melakukan rondaan di Baldah Qadimah di Nablus.