Brigade Qassam melancarkan 5 roket

Rabu, 19/07/2006 –
Sayap kiri HAMAS, Brigade Qassam telah melancarkan
5 roket ke barat kawasan Negev yang mana
salah satu roket tersebut hampir mengenai sasaran
strategik di bandar Ashkelon, sumber Hebrew mendedahkan.


Sumber itu menyebut penempatan Nahal Oz dan Sderot di bandar Ashkelon telah rosak teruk akibat serangan roket berkenaan. Bandar Sderot dilaporkan gelap gelita kerana sistem penjana elektrik rosak teruk.

Sementara itu, bandar Beit Hanun di utara Jalur Gaza
turut di serang oleh Brigade Qassam yang membuatkan rejim Zionis makin tertekan dengan situasi sebegini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.