Israel Akui Buat Kesilapan Serang Lubnan

Rabu, 19/07/2006 –

Harian Zionis Israel Haaretz terbitan Isnin (17/7) mengakui bahawa tentera Israel membuat
kesilapan manakala bahagian perisikan melaksanakan tugas yang buruk. Hal ini mengakibatkan para
tenteranya bertindak tanpa prikemanusiaan dan tatasusila ketenteraan.

Di bahagian lain harian Haaretz mengkritik perdana menteri Israel, Ehud Omert yang tidak bersikap
bijak di hadapan masyarakat antarabangsa atau tidak bertindak sebagaimana semestinya. Hal yang sama ditunjukkan oleh menteri luar Israel,Tzipi Livni. Beliau tidak tampil di mata dunia
antarabangsa secara berkesan. Sementara itu Komandan tentera yang melakukan serangan terhadap Lubnan seperti tidak mempunyai perencanaan yang matang dan tujuan yang jelas.

Akhbar ini melihat, apa yang dilakukan kerajaannya adalah tidak konsistan, bertukar dari satu
perancangan ke perancangan lain tanpa kerangka aturan dan strategi. Tidak hairanlah Israel mendapat serangan balas dari pasukan Lubnan yang mengakibatkan pandangan
umum terhadap tentera Israel sebagai bukan sebuah pasukan yang kuat.

Harian itu mengajak pemerintahnya untuk menghentikan sementara perang selama 72 jam. Pada waktu yang sama mengajak dunia antarabangsa untuk mencari penyelesaian mengenai sempadan utara Israel dengan cara diplomatik sehingga dua tawanan Israel dapat dibebaskan kembali.

Harian itu menambah, cara ini harus diiringi dengan tindakan politik dan penyebaran propaganda
secara meluas sehingga pihak tentera dapat meneruskan kembali serangan terhadap Lubnan secara lebih beradab. Tindakan yang lebih bijaksana akan membolehkan Israel dapat kembali mempersiapkan seranganya atau melakukan rancangan menewaskan pasukan Hizbullah, katanya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.