Israel mengalah:Dichter membayangkan bakal berlaku pertukaran banduan

Khamis, 20/07/2006 –
Semasa temuramah bersama radio tentera Israel Selasa lalu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Avi Dichter (gambar) mengatakan bahawa Israel sepatutnya mempertimbangkan kemungkinan untuk menukar banduan dengan Hizbullah. Kenyataan ini dilihat sebagai satu tanda menyerah kalah kerajaan Israel.

“Akhirnya, kita akan menyelamatkan tentera-tentera kita yang ditawan oleh Hizbullah meskipun kita terpaksa membebaskan tawanan-tawanan Lebanon di penjara kita. Hari di mana kita akan menimbangkan kebarangkalian itu akan tiba tidak lama lagi,” kata Dichter semasa temuramah tersebut sambil menambah bahawa jadual untuk menamatkan pencerobohan tentera di Lebanon mesti ditetapkan.

Menurut rekod Israel, kos peperangan di Lebanon telah mencecah satu billion sejak ia dilancarkan seminggu lalu. Pembiaya serta pegawai rasmi kerajaan Israel mengatakan bahawa kerajaan Israel terpaksa meminda semua rancangan dan budget tahun 2007 sekiranya peperangan ini berpanjangan. Isu ini dilihat sebagai penyulit keadaan di mana banyak projek-projek pembangunan dan social akan tergendala. Bagi mengatasi keadaan itu, rakyat Israel terutamanya dari sector awam menghantar rayuan kepada sekutu rapat mereka, Amerika Syarikat agar menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan kepada Israel.

Sektor perlancongan di Negara Hebrew itu juga terencat apabila ramai penduduk Israel dan pelancong luar di Utara Palestin melarikan diri berikutan serangan Hizbullah. Jaminan daripada Menteri Perlancongan Israel, Yitzhak Herzog gagal meyakinkan pelancong-pelancong dan penduduk yang terus berpindah ke Selatan bagi mencari tempat perlindungan yang lebih selamat sebagai langkah mengelakkan bedilan roket Hizbullah.

Kenyataan ini dilihat sebagai satu tanda menyerah kalah kerajaan Israel.


Sector perlancongan bukanlah satu-satunya sector yang terjejas, malah sector perindustrian dan komersil juga turut lumpuh apabila kerajaan Israel terpaksa menutup operasi pelabuhan Haifa, jalan komersil utama Israel. Penutupan itu menyaksikan kerja keras siang malam dilakukkan untuk memindahkan bahan-bahan kimia dan bahan beracun yang disimpan di pelabuhan itu bagi mengelakkan kemungkinan yang lebih buruk sekiranya kemudahan-kemudahan di pelabuhan itu terkena roket Hizbullah.

Peperangan dengan Hizbullah dan Lebanon telah memaksa pimpinan tentera Isrel memanggil tiga briged simpanan angkatan bersenjata untuk ditempatkan di Tebing Barat manakala tentera-tentera awam lain ditempatkan di kawasan utara sebagai langkah menghadapi serangan yang lebih hebat daripada Lebanon dalam tempoh masa yang terdekat.

Merujuk kepada rekod Israel, roket Hizbullah telah membunuh 25 nyawa rakyat Israel serta mencederakan 450 yang lain. Dalam pada itu, serangan udara Iarel telah membunuh 250 orang rakyat Lebanon, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak dengan semua keluarga tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka. Israel telah mencederakan hampir 1000 yang lain di samping memusnahkan kemusnahan infrastruktur Lebanon.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.