Selamatkan Ahli Perubatan

Khamis, 20/07/2006 –
Kementerian Kesihatan Palestin (MOH) menyelar tindakan kejam Israel menyerang institusi kesihatan dan pasukan perubatan serta menceroboh dan merampas bangunan kementerian berkenaan ditukar kepada berek tentera zionis dan pusat tahanan. Seramai 120 pekerja MOH dihalang daripada bekerja.

Tentera Zionis dalam insiden yang lain telah menembak seorang ahli paramedik semasa menjalankan tugasnya menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. MOH berkata tindakan zionis tidak beretika lagi tidak berperikemanusiaan tidak boleh dibiarkan oleh badan-badan dunia dan dunia bertanggungjawab menghalang sifat kebinatangan Israel ini dan melindungi nasib ahli-ahli perubatan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.