Al-Azahar Adakan Himpunan Sejuta Umat Sokong Palestin, Lubnan dan Iraq

Khamis, 20/07/2006 –
Jawatankuasa Perhimpunan Aman Sejuta Umat Universiti al-Azhar Kaherah menegaskan sokongan
mereka terhadap perjuangan Palestin dan Lubnan serta mendokong tindakan boikot seluruh produk Israel
dan Amerika. Pernyataan ini disampaikan oleh ketua Panitia tindakan damai di Kaherah kelmarin
(18/7).

Beberapa wakil dari jawatankuasa demonstrasi serta sejumlah aktivis politik di Mesir kelmarin
mengadakan seminar masalah Lubnan dan perjuangan di pejabat persatuan wartawan di Mesir.
Mereka menegaskan bahawa dalam menghadapi zionis Israel, sudah sampai masanya kita beralih dari
tahap mengecam dan mengutuk ke tahap yang lebih tinggi iaitu perlawanan dan pertempuran. Pendekatan
inilah yang harus dipilih sekarang oleh bangsa Arab. Setelah sekian lama mereka dalam keadaan
lemah dan tidak berdaya dalam menyelesaikan masalah-masalah bangsa Arab dan perjuangan secara khusus.

Dalam pada itu, mereka memuji langkah yang diambil oleh Lubnan dengan menyerang Zionis Israel.
Mereka mampu melakukan yang sepatutnya bangsa Arab lakukan ketika negara Arab lain tidak mampu
melakukan apa-apa kecuali mengecam pertempuran yang dilakukan oleh Lubnan dan Palestin.

Di sisi lain, ahli politik dan masyarakat umum menyeru agar semua pihak dapat menjalin kerjasama dan koordinasi dengan pelbagai pertubuhan untuk mendokong perjuangan Lubnan, Palestin dan Iraq serta melakukan boikot terhadap produk Amerika dan Israel.

Sementara itu, pemimpin kumpulan Hizbullah di Lubnan, Dr. Rifaat Sayid Ahmad mengirimkan surat
kepada dunia Arab yang disiarkan markaz filistine lil’ilam mengatakan, ketika ini pihaknya sangat
percaya dan yakin akan kemenangan daripada Allah SWT dalam menghadapi Zionis Israel.

Beliau meminta bangsa Arab dan umat Islam bersatu dan menyokong perjuangan mereka. Ini kerana
peperangan tersebut bukan antara Israel dan Lubnan saja, tetapi pertempuran antara umat Islam dan
Zionis Yahudi Israel.

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun situasi di Lubnan selepas serangan Israel dalam keadaan
kacau-bilau dan tidak stabil namun mereka belum berniat mengurangkan serang balas. Sehingga kini
mereka belum mengalami sebarang kerugian dari segi ketenteraan.

Semetara itu, ketua persatuan pengacara Mesir, Abdul Azim al-Magribi mengatakan, tindakan serangan balas Palestin, Lubnan dan Iraq pada satu sisi telah menyulitkan Israel. Pada sisi pandangan lain
ia merupakan isyarat bagi umat Islam dan Arab untuk tidak mudah menyerah atau tunduk kepada
keangkuhan Israel.

Beliau mengajak umat Islam untuk bersama dalam Himpunan Aman sejuta Umat pada hari Jumaat depan. Beliau turut mengajak pihak polis Mesir bergabung dengan rakyat mendokong perjuangan.
Sementara itu, ketua tindakan boikot produk Amerika-Israel, Abdul Aziz al-Husaini menjelaskan,
pemerintahan Arab telah melalui tiga fasa dalam menghadapi Israel. Pertama menolak aksi ganas dan
kejam Israel. kedua, diam membisu. Ketiga, mengecam serangan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.