Lagi berita kekalahan rejim Zionis . 6 mati .

Khamis, 20/07/2006 –

Seramai 6 orang rejim Zionis mati dan 14 yang lain
cedera dalam pertempuran darat dengan pejuang Hizbullah di selatan Lubnan. Sementara itu, 4 buah kereta kebal milik rejim Zionis musnah ketika cuba menceroboh ke kawasan sempadan Lubnan.


Sumber dari Hizbullah menyatakan seorang pejuangnya syahid dalam pertempuran tersebut yang menjadikan jumlah kesemuanya adalah 7 orang. Pertempuran sengit ini meletus ekoran dari kenyataan rejim Zionis ingin menceroboh kawasan darat Lubnan.

Dalam perkembangan lain, Hizbullah menyatakan pihaknya telah berjaya memusnahkan pengkalan utama angkatan udara rejim Zionis yang berjarak 50km dari sempadan Lubnan. Hizbullah juga berjaya menembak roket Katyosha ke arah bandar Haifa dan
Neharia yang mengakibatkan kerosakan teruk di sana.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.