PANAS!! Media Israel : Pemimpin Arab Puji Rejim Zionis

Jumaat, 21/07/2006 –

Akhbar harian Israel, Yediot Ahronoth semalam (20/07/06) menyatakan seorang pemimpin Arab yang di katakan moderat dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan rejim Zionis itu.

Dalam laporan tersebut, pemimpin tersebut mengutus surat kepada PM Israel, Ehud Olmert yang mana antara isinya adalah “Saya menyokong tindakan anda di Lubnan. Anda harus meneruskan serangan terhadap Hizbullah hingga ke akhirnya” demikian bunyi salah satu surat seperti yang dilampirkan wakil infopalestina di Hebron. Pihak rejim Zionis tidak terkejut dengan isi kandungan surat tersebut kerana sudah tahu akan watak pemimpin tersebut.

Akhbar di Kuwait, Arab Times turut bernada pesimis dalam isu serangan rejim Zionis ini. Dalam sebuah kolum dalam akhbar kelolaan Ahmad Al-Jarallah menulis “Operasi Israel di Gaza dan Lubnan adalah
demi kemaslahatan penduduk Arab dan masyarakat dunia. HAMAS dan Hizbullah terlupa akan kemaslahatan kedua bangsanya. Sekarang mereka menjadi agen Syria dan Iran tanpa memikirkan kesan ke atas perbuatan mereka”.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.