Kemusnahan Israel berterusan

Sabtu ,22/07/2006 –
Roket2 yang dilancarkan oleh pejuang Hizbullah ke arah bandar dan penempatan yang dijajah rejim Zionis merangkumi Haifa, Acre, Safad dan Keriat Shmoda telah mengakibatkan 20 tentera rejim cedera dan 4 daripada mereka cedera parah menurut radio Israel.

Menurutnya lagi, 9 roket jatuh di Safad sementera yang lain dilaporkan menimpa Haifa di mana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Zaki Hiller, jurucakap di Haifa memberitahu radio Israel di mana 20 tentera rejim cedera di 2 buah bandar yang diserang roket pejuang Hizbullah. Sementara itu, 2 juta penduduk Israel berlindung di bawah tanah atas arahan kerajaan Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.