Zahalka: “Kenyataan Lieberman Mendedahkan Sifat Perkauman Israel”

Sabtu, 25-02-2012 – Ahli Knesset Arab (MK), Jamal Zahalka, Perhimpunan Demokratik Kebangsaan, mengecam kuat kenyataan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, yang menyerang ahli Knesset Arab, dan menyatakan “mereka mengalihkan parti-parti mereka kepada wakil-wakil kumpulan pengganas di Knesset”.

Lieberman menyerang MK Arab yang melawat tahanan yang sakit Adnan Khader yang bakal berakhir pada hari Selasa 66 hari mogok lapar selepas Israel memutuskan untuk melepaskan beliau pada 17 April. Lieberman mengatakan bahawa “MK Arab telah mengkhianati Israel, dengan mempertahankan wakil-wakil Jihad Islam, dan hanya diam sepanjang pembunuhan beribu-ribu penunjuk perasaan di Syria”.

Membalas kenyataan Lieberman, MK Zahalka berkata “Lieberman harus diberikan ucapan terima kasih kerana berterus-terang, dan kerana menunjukkan wajah sebenar dan sifat Israel yang memakai topeng demokrasi untuk menutup wajah perkauman yang buruk”.

“Kita tidak boleh menganggap Lieberman sebagai isu yang kecil, dia mempunyai 15 ahli Knesset yang menyokongnya, dia boleh menjatuhkan kerajaan Israel apabila dia inginkan”, Zahalka menambah, “Dia adalah Menteri Luar yang memainkan peranan penting dalam politk Israel; dunia harus tahu bahawa sifat perkauman Lieberman menunjukkan sifat sebenar perkauman Israel, apa yang perlu kita lakukan adalah menerjemah kenyataannya, seperti mereka, daripada Hebrew kepada bahasa Inggeris”.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas