Seluruh dunia bersama perjuangan Palestin dan Lubnan.

Isnin ,24/07/2006 – Lebih 10 ribu lebih penduduk Eropah keluar ke jalanraya
untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Lubnan dan mengecam pencerobohan biadap rejim Zionis.

Demonstrasi jalanan ini turut berlangsung di Amerika
dan juga di Britain kerana tindakan membisu kuasa besar ini terhadap kekejamam rejim Zionis.

Di German, ribuan rakyat telah keluar bersama dengan masyarakat Arab sebagai tanda sokongan mereka atas perjuangan kemerdekaan
Palestin. Kekejamam rejim Zionis turut disuarakan kerana kebiadapan mereka membunuh kanak2 dan warga tua di Palestin dan Lubnan.

Di Canada, rakyat berkumpul di kota Ottawa mendesak kerajaan mereka supaya memberikan tekanan kepada rejim Zionis. Rakyat
turut menuntut kerajaan mereka supaya memberhentikan sokongan mereka terhadap rejim Zionis. Kerajaan Amerika dan Britain bertindak kejam membatalkan cadangan gencatan senjata walaupun kuasa besar lain seperti Perancis, Rusia dan Cina menyokong.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.