Penempatan Israel teruk dibom roket pejuang Hizbullah

Isnin ,24/07/2006 –
Pejuang Hizbullah meneruskan serangan ke atas rejim Zionis dengan melancarkan serangan roket Katyusha dan Ra’ad ke arah penempatan Israel di utara Palestin termasuk Ma’alot, Karma’il, dan Kiryat Shmaneh dan dilaporkan mengalami kerosakan yang teruk.

Sumber Israel telah mendedahkan kemusnahan yang dialami akibat serangan roket tersebut yang mana telah mencederakan 6 rejim Zionis.

Sumber Hizbullah melaporkan mereka telah melancarkan lebih 160 roket ke arah penempatan dan 6 bandar di utara Palestin. Bandar2 yang dijajah seperti Safad ,Nazareth, Haifa dan Afula telah mengalami serangan tersebut.

Sumber Israel menyatakan, Hizbullah sangat bersedia dengan serangan kali ini. Mereka sangat arif akan setiap inci dalam setiap kawasan. Menurut sumber itu lagi, kegiatan ekonomi Israel hampir
lumpuh dengan serangan Hizbullah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.