Hamas: Rejim Zionis bertanggungjawab atas sebarang tindakan terhadap Masjid al Aqsa

Sabtu, 25-02-2012 – Pergerakan Hamas menggesa rejim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sokongan dan perlindungan berterusan pihak itu kepada puak ekstremis pendatang haram Yahudi yang semakin kerap menceroboh Masjid Al-Aqsa kebelakangan ini.

“Kami mengutuk keras perbuatan pencerobohan yang ganas itu dan kami kagum dengan keteguhan rakyat Palestin yang terus berada di dalam Masjid al-Aqsa. Kamu juga menyeru rakyat Palestin yang lain untuk pergi ke Masjid al-Aqsa dan menjadi
benteng manusia daripada sebarang serangan atau pencerobohan,” kata Hamas dalam satu kenyataan media pada Selasa lalu.

Sementara itu, perhimpunan cendiakawan Palestin yang berada di luar negara memberi amaran kepada rejim Zionis akan tindakan keras yang bakal diterima terhadap kewujudan mereka jika berlaku sebarang kerosakan ke atas Masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa