Amerika setuju Israel Melanjutkan Serangan.

Isnin, 24/07/2006 –

Akhbar harian Israel, Haaretz semalam telah
melaporkan bahawa berita dari sumber pejabat
Israel , Amerika telah mengizinkan Israel
untuk terus melanjutkan operasi ketenteraan terhadap
Lubnan hingga Ahad (30/07/06).

Kenyataan itu juga menyebut wakil Amerika iaitu
Condoleeza Rice akan berkunjung ke Israel hari ini
untuk memantau perkembangan terkini. Beliau dijadualkan
akan bertemu PM Israel, Ehud Olmert dan juga menteri
kabinet yang lain. Setelah itu, beliau akan bertemu wakil
dari PBB dan sejumlah perwakilan dari Negara2 Arab.
Sumber Israel menambah, tiada sebarang keputusan
lagi utk memberhentikan serangan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.