Hamas Tidak Mengetahui Ada Usaha Gencatan Senjata

Isnin, 24/07/2006 –

Gerakan Hamas menafikan bahawa mereka telah mengetahui berlaku kesepakatan bersama antara
presiden Mahmud Abbas dan faksi-faksi pejuang Palestin berkenaan usaha gencatan senjata sepihak dari
kelompok pejuang Palestin di Genting Gaza, sebagai imbalan dari dihentikan serangan udara tentera
Israel, hari ini Ahad (23/7).

Pernyataan ini disampaikan jurucakap rasmi gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri di Gaza kepada markaz
filistine lil’ilam. Beliau mengatakan, berhubung pernyataan Nabil Sya’atz, wakil dewan parlimen
Palestin dari faksi Fatah, yang mengatakan bahawa faksi-faksi Palestin telah sepakat dengan Mahmud
Abbas untuk mengadakan gencatan senjata sepihak susulan janji Israel yang akan menghentikan serangan
udaranya ke Genting Gaza. Pihak Hamas akan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dari Saya’atz dan
semua pemimpin gerakan Fatah berkait pernyataan ini. “Kami dari Hamas tidak tahu menahu perkara
tersebut”, katanya

Berkenaan pendirian Hamas ketika ini mengenai gencatan senjata sepihak dari faksi-faksi
Palestin,ianya masih jauh panggang dari api, terutama ditengah kemelut berterusannya serangan rambang musuh
Israel terhadap rakyat Palestin dan Lebanon. Kami berpendapat tidak mungkin ada perbincangan damai
hanya daripada pihak pejuang Palestin sahaja. Justeru yang wajar dilakukan rakyat Palestin adalah
melawan dan memperjuangkan hak-haknya.

Abu Zuhri menegaskan, pihaknya dari al-Qassam akan terus berjuang dan bertempur untuk membela
hak-hak rakyat. Berkait dengan inisiatif gencatan senjata, seharusnya ia adalah dari pihak penjajah Israel, bukan
dari pihak Palestin. Kami bukanlah pihak yang menyerang. Roket-roket yang kami lancarkan adalah
untuk membela diri, bukan untuk menyerang.

Perjuangan yang dilakukan adalah hak rakyat dalam membela tanah air dan bangsa kami. Israellah
yang sentiasa membunuh dan memerangi kami, katanya. Sementara itu, malam tadi (22/7), seorang kanak-kanak Palestin cedera parah akibat rumah yang
sedang didiaminya dibom oleh tentera Israel. Rumah tersebut terletak di sebelah utara bandar
antarabangsa Arafat, bahagian selatan Genting Gaza.

Sumber media di sana menyebutkan, kanak-kanak malang tersebut bernama, Rasyad Ayasy Udwan (11
tahun) menderita cedera di kepala akibat sepihan peluru dan benda-benda tumpul lain yang mengenai
kepalanya di ketika dia sedang tidur di rumahnya.

Sebelumnya tank-tank Israel terus mengebom kawasan perkampungan serta menghancurkan kebun-kebun
milik rakyat Palestin di Rafah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.