4,464 rakyat Palestin syahid, 47,440 cedera, 9,800 ditahan sepanjang Intifada

Selasa ,25/07/2006 –
Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Data Kebangsaan PA mengesahkan jumlah rakyat Palesin yang terbunuh sejak Intifada yang dilancarkan pada September 2000 sehingga Jun 2006 mencecah 4,464 termasuk 289 wanita dan 826 kanak-kanak manakala 47,440 yang lain dilaporkan cedera.


Menurut laporan tersebut, 9,800 tahanan Palestin dikesan di lebih 30 lokasi penjara Israel. Turut ditahan adalah 450 orang kanak-kanak dan 125 orang wanita. 1,599 adalah pelajar-pelajar dari kedua-dua jantina.Laporan tersebut turut mengatakan bahawa jumlah pengangguran telah meningkat kepada 29.6 peratus. Merujuk kepada jumlah tanah yang dirampas, laporan itu menyebut bahawa 247,033 dunum tanah telah dirampas dalam tempoh masa yang sama untuk mencetuskan semangat perkauman dan pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.