Hizbullah masih aktif memburu askar-askar Israel di Maroun Al-Ras

Selasa ,25/07/2006 –
Sumber Hebrew mengesahkan seorang askar Israel terbunuh manakala lapan lagi cedera, termasuk beberapa orang parah di dalam pertarungan sengit antara pejuang Hizbullah dan askar penceroboh Israel berhampiran kawasan strategic di sempadan Lubnan, Maroun Al-Ras.

Sumber Hizbullah pula mengesahkan bahawa pejuang-pejuangnya yang mempertahankan perkampungan itu telah membunuh lebih ramai askar berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh sumber Hebrew. Mereka menambah bahawa mereka turut memusnahkan lima kereta perisai Mirkava milik Israel di dalam pertembungan bersenjata yang berlaku di perkampungan itu sejak Israel menceroboh Ahad lalu

Jet pejuang Israel yang menjadi tulang belakang rejim Zionis di dalam peperangan sengit ini terus melancarkan serangan udara di beberapa Bandar Lubnan termasuk kem pelarian rakyat Palestin, Al-Rashidiya yang terletak di selatan Lubnan. Kekejaman Israel telah membunuh seorang pelarian dan mencederakan 15 yang lain. Insiden ini adalah yang pertama apabila jet pejuang Israel mensasarkan kem pelarian Palestin.

Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah Lubnan juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran Israel apabila 9 dilaporkan cedera ketika dua daripada kenderaan mereka terkena serangan Israel di Bandar Qana yang terletak di Selatan Lubnan. Dalam pada itu, ramai ahli politik serta penganalisis ketenteraan Israel berpendapat bahawa pencerobohan Israel ke atas Lubanan telah mencapai peringkat ‘gigit jari’. Kenyataan daripada pegawai tinggi tentera mengatakan bahawa Negara Hebrew itu telah menghina sasaran utama mereka untuk menghapuskan Hizbullah selepas 12 hari pertempuran tanpa pencapaian yang memuaskan.
Apa yang telah dilakukan oleh Israel setakat ini adalah membunuh lebih 400 orang rakyat Palestin dan mencederakan lebih 1000 orang yang lain di samping memusnahkan infrastruktur Lubann.

Walau bagaimanapun, Hizbullah masih gagah mengerang balas dan memberi tamparan hebat kepada Israel. “ Selepas kami menyedari bahawa misi ini semakin sukar dan mustahil, sasaran Israel kini bukan lagi untuk menghapuskan Hizbullah sebagai pasukan ketenteraan di Lubnan. Sebaliknya, apa yang kita cuba lakukan sekarang adalah menukar peraturan permainan ini,” radio Hebrew memetik kenyataan beberapa orang pegawai tinggi IOF.

Pemerhati tempatan di Hebrew melihat kenyataan di atas sebagai satu permulaan untuk mendedahkan berita sedih di atas kegagalan kempen perang Israel ke atas Hizbullah dan Lubnan kepada masyarakat umum Israel. Dua orang menteri kabinet Israel menyatakan penentangan mereka secara terbuka terhadap peperangan yang dilancarkan IOF dan tentera-tentera IOF kian menderita berikutan peningkatan suara-suara membantah perang yang mereka anjurkan..

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.