Condoleezza Rice : Jangan Pijak Bumi Palestin !

Selasa ,25/07/2006 –
Semua fraksi Nasional dan Islam Palestin menolak kunjungan Setiausaha US, Condoleeza Rice
ke Palestin. Mereka mengajak semua pihak untuk memboikot kunjungan tersebut ditengah kemarahan
rakyat dunia atas pencerobohan rejim Zionis yang disokong oleh Amerika. Pernyataan ini disampaikan perwakilan
fraksi2 di Gaza pada Ahad (23/07/06).

Mereka menegaskan , kami menolak kunjungan Rice kerana atas sokongan US , rejim Zionis semakin biadap
menceroboh dan menyerang penduduk Palestin dan selatan Lubnan. Semua kekuatan Nasional dan Islam Palestin bersepakat bahawa pemerintahan Israel telah melakukan kejahatan
besar dengan menceroboh dan menghancurkan seluruh infrastruktur Palestin. US menganggap tindakan
rejim itu sebagai usaha perlindungan walhal itu merupakan sebesar2 jenayah.

Dalam perkembangan muktahir, US mengeluarkan keputusan agar dilanjutkan serangan terhadap
pejuang Palestin dan Hizbullah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.