Roket Israel mengenai kem pelarian Gaza


Di kala rakyat Malaysia ‘lena’ berhibur dengan
nyanyian dan lengokkan artis, helikopter Israel telah melepaskan 5 roket ke arah kem pelarian Rafah di Jalur Gaza semlm (8/8/2004).


Saksi berkata, pada hari Ahad itu, salah satu roket mengenai janakuasa elektrik dan telah menyebabkan 80 ribu pelarian Palestin berada dalam kegelapan.

4 roket lagi jatuh di kawasan bersebelahan sempadan Egypt.

Pasukan perubatan telah bergegas ke tempat
kejadian utk memberi bantuan namun kegelapan akibat kerosakan sistem janakuasa elektrik menyukarkan mereka.

Seperti biasa, rejim Israel memberi alasan yang tidak masuk akal akan perbuatan mereka
melepaskan tembakan itu.