Hizbullah Hancurkan 5 kereta Kebal Israel. Lagi Kekalahan Rejim Zionis.

Selasa ,25/07/2006 –
Hizbullah mengumumkan bahawa pasukannya berjaya menghancurkan lima kereta kebal Israel dan
membunuh pengendalinya serta mencederakan ramai yang lain dalam satu pertempuran sengit di kawasan
sempadan bahagian selatan Lebanon.

Sebelumnya Hizbullah juga mengumumkan bahawa pasukannya menyerang pasukan Israel berdekatan
kampung Mazon Rose ketika tentera Israel bergerak ke arah Bint Jabail. Mereka mengaku telah membunuh seorang tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lainnya. Pihak Aljazeera di Haifa menegaskan mendapat berita terbunuhnya seorang tentera Israel berdasarkan sumber Israel sendiri.

Jurucakap militan Israel mengaku, sembilan dari tenteranya mengalami cedera dalam kejadian
tembak-menembak di wilayah tersebut iaitu di Maron Rose dan Bint Jabail di Lebanon.Pihak Israel juga
mengakui bahawa Hizbullah berjaya melancarkan roket ke kereta kebal Israel di wilayah antara Maron
Rose dan menepati sasaran. Di samping itu kawasan penduduk Avivem Israel juga terkena serangan Lebanon.

Aljazeera menambah, sejumlah kereta kebal Israel hancur dalam pertempuran di Maron Rose dan Bint
Jabail. Tentera Israel meneruskan operasi militannya ke selatan Lebanon pada hari ke 13 serangannya.
Israel mengaku menghancurkan sekitar 130 pelancar roket Alkatisu. Mereka menyatakan memerlukan 10 hari lagi untuk menewaskan pasukan Hizbullah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.