1 Rejim Zionis Mati, 8 Cedera Dalam Pertempuran Terbaru

Rabu ,26/07/2006 –
Seorang askar Israel terbunuh manakala lapan yang lain cedera – antaranya kritikal – dalam satu pertempuran sengit di antara tentera Hizbullah Lubnan dan kumpulan tentera penceroboh regim Zionis berdekatan kedudukan strategik sebuah kampung di Maroun Al-Ras di sempadan, demikian disahkan sumber Hebrew.

Sumber Hizbullah mengesahkan pejuang mereka yang mempertahankan kedudukan tersebut telah membunuh lebih daripada bilangan yang didedahkan sumber Hebrew, dan menambah lagi mereka telah memusnahkan lima kereta kebal Mirkava Israel semasa pertempuran tersebut – yang masih lagi berlangsung – yang dimulakan Israel Ahad lalu.

Jet perang Israel, tulang belakang kepada pasukan darat mereka, menyambung serangan udara Isnin lalu kearah beberapa bandar di Lubnan, termasuk kem pelarian Palestin Al-Rashidiya berhampiran bandar selatan Lubnan, Tyre. Serangan ini mengakibatkan terbunuhnya seorang pelarian Palestin dan mencederakan lima yang lain. Insiden ini adalah yang pertama kali melibatkan serangan ke atas kem pelarian Palestin.

Pekerja palang merah dan bulan sabit merah juga tidak terselamat dari serangan bertubi-tubi regim Israel yang menyaksikan sembilan dari mereka tercedera sementara dua kenderaan musnah dalam serangan di bandar Qana di selatan Lubnan.

Sementara itu, ramai penganalis politik dan ketenteraan Israel berpendapat bahawa pencerobohan keatas Lubnan telah memasuki tahap getir dengan kenyataan dari pihak atasan tentera Israel yang mengisyaratkan Hebrew telah melupakan tujuan awal melemahkan Hizbullah selepas 12 hari pertempuran dengan “pencapaian yang tidak memberansangkan”.

Apa yang telah dilakukan oleh Israel setakat ini hanyalah pembunuhan kejam keatas lebih dari 400 rakyat Lubnan dan mencederakan ribuan yang lain termasuk memusnahkan infrastruktur Lubnan. Pun Hizbullah masih utuh dan menyerang balas dengan bertenaga.

“Matlamat Israel kini tidak lagi kearah melemahkan kekuatan ketenteraan Hizbullah di Lubnan setelah kami menyedari hampir mustahil bagi melakukan yang demikian, namun, apa yang akan kami lakukan sekarang ialah cuba menguasai keadaan” – demikian radio Hebrew memetik beberapa kenyataan dari pegawai tinggi tentera Israel.

Pemerhati tempatan di Hebrew menyifatkan kenyataan dari pihak tentera itu sebagai pembayang awal bagi menyatakan bahawa misi ketenteraan mereka keatas Hizbullah dan Lubnan sebagai gagal.

Mereka juga berpendapat Israel-lah yang akan kalah dahulu dalam peperangan dengan Hizbullah ini.

Perang ini telah memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Israel dan Amir Peretz – menteri peperangan Israel dari Parti Buruh – meskipun terdapat persetujuan “jelas” keatas operasi ketenteraan di Lubnan.

Kini, muncul penetangan dari pihak Israel sendiri di mana dua dari anggota kabinet Israel telah menyatakan bantahan terhadap operasi ketenteraan di darat, yang mana akan mengakibatkan lebih “bahana” kepada pihak IOF.

Mereka mendesak kerajaan untuk mengadakan penyelesaian diplomatik bersama-sama tindakan ketenteraan, juga mereka menyatakan kekecewaan mereka terhadap cara kerajaan menangani operasi tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.