Lima Tentera Israel Cedera Di Bint Jabil

Rabu ,26/07/2006 –
Sekurang-kurangnya lima orang tentera Israel tercedera dalam serangan hari ini (25/07) di pinggir
bandar Bint Jabil. Sementara itu, serangan roket Hizbullah mengakibatkan ekonomi Israel merundum
secara mendadak.

Radio Israel menegaskan, kelima-lima korban tentera Israel itu sudah dimasukkan ke wad hospital
disana. Insiden tembak-menembak berlaku ketika pasukan tempur Israel menyerang masuk bandar Bint Jabel. Menurut pihak polis Lebanon, dua kenderaan pengangkut kereta kebal yang membawa 10 kereta kebal cuba memasuki Bint Jabil bertempur dengan pejuang Hizbullah. Menurut radio Israel,seramai 15 tentera Israel masih dirawat akibat kecederaan dalam pertempuran melawan Hizbullah tersebut.

Sementara itu, beberapa media Israel menegaskan bahawa kerugian ekonomi Israel pasca serangan ke
Lebanon dan Palestin mencapai jutaan dollar kerana kerosakan rumah dan bangunan serta gedung-gedung perniagaan di wilayah Israel.