Israel tidak memperdulikan amaran UN

Khamis ,27/07/2006 –
Israel tidak memperdulikan amaran-amaran pemerhati UN di selatan Lubnan dengan mengebom 4 orang pengaman dari UN, kata Menteri Luar IrishRabu lalu, Menteri itu berkata Pegawai Tertinggi Askar Irish telah memberitahu Askar Israel sekurang-kurangnya 6 amaran yang menyatakan serangan Israel hampir mengenai kawasan UN.

Pegawai-pegawai pengaman itu telah terbunuh Selasa lalu apabila bom Israel mengenai kawasan UN di Khiam, selatan Lebanon.

Jurucakap Jabatan Hubungan Luar berkata “6 amaran berasaingan telah dilakukan ke atas Israel yang mengatakan pengeboman mereka membahayakan pegawai UN di selatan Lebanon. Mereka yang mati terdiri dari rakyat Kanada, Finland, Austria dan China

Dalam masa yang sama, Setiausaha PBB Kofi Annan telah melahirkan kekecewaan terhadap Israel dengan serangan mereka yang membuta tuli dan meminta satu siasatan di buat ke atas serangan itu.
Beberapa Organisasi Antarabangsa dan Negara juga melahirkan rasa marah terhadap pengeboman tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.