Israel Tembak Mati 4 Anggota Pasukan Keamanan PBB

Khamis ,27/07/2006 –
Keganasan dan kekejaman Israel semakin menjadi-jadi apabila wilayah selatan Lebanon di serang termasuklah markas pasukan keamanan PBB atau United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). 4 anggota pasukan PBB mati dan Kofi Anan mengecam Israel atas kematian ini.

Berkata di Roma, Italia, Anan merasa tercabar dan bingung apabila mendengar serangan Israel ini memang sengaja dibuat. Menurut sumber AlJazeera, Anan merasakan dirinya bahawa PBB telah memperolehi jaminan dari Ketua Israel Ehud Olmert bahawa serangan rejim Israel tidak akan mengenai markas keamanan PBB. Anan menjelaskan ketua pasukan keamanan PBB di Lebanon Selatan sering berhubung dengan ketua2 militan Israel untuk memberitahu betapa pentingnya melindungi markas PBB dari serangan apapun.

Anan menyeru kepada pemerintah zionis Israel untuk melakukan siasatan atas kejadian ini. Anan meminta Israel menghentikan serangan keatas markas2 keamanan PBB.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.