Lebih RamaiI Pendatang Yahudi Tiba Di Israeil


TEL AVIV, Massej Online – Satu gerombolan terbaru pendatang Yahudi dari Amerika Utara telah tiba di Israel, sebagai sebahagian kempen untuk menggalakkan Yahudi seluruh dunia untuk menetap di Israel.

Aljazeera.net melaporkan sebanyak 250 Yahudi Amerika Utara telah tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv semalam (rabu). Antara tahun
2002-2003 lepas, Israel telah menerima 1520 pendatang dari 33 negeri di Amerika dan 4 daerah di Kanada.

Penganalisis politik Palestin, Dr Abdullah Abd Allah memberitahu Aljazeera, Israel telah menggalakkan penghijrahan ini kerana ramai penduduk Israel yang sedia ada telah lari meninggalkan negera tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa Ariel Sharon sedang mencuba untuk memastikan pembentukan negara palestine tidak akan wujud dan praktikal secara demografi.

Terdapat beberapa organisasi Yahudi yang bekerja dalam proses penghijrahan pendatang Yahdui daripada Amerika Utara ke Israel. Antaranya seperti Department of Aliya, Absorption for Jewish Agency dan Nefesh B’Nefesh.

Nefesh B’Nefesh menfokus dalam menyesuaikan Yahudi Amerika kedalam masyarakat Israel. Manakala Jewish Agency pula adalah satu rangkaian
antarabangsa yang mencari, mempromosi dan membiayai penghijrahan Yahudi daripada negara-negara seperti Perancis, Yaman dan Ethiopia.

Mengikut perangkaan daripada Nefesh B’Nefesh, lebih daripada 1500 yahudi Amerika dan Kanada akan menetap di Israel.

Pegawai Palestin bagaimanapun bimbang peningkatan jumlah pendatang ini akan meningkatkan lagi jumlah penempatan haram di kawasan tanah Palestine.

Seramai 200 Yahudi Perancis telah tiba di Israel pada 28 Julai lepas, iaitu setelah 2 minggu kenyataan Sharon yang meminta Yahudi di Perancis
meninggalkan rumah mereka setelah didakwanya peningkatan anti-Semitism di Perancis. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan kerajaan Perancis.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah telah mengutuk rancangan Israel untuk melebarkan lagi penempatan haram Yahudi di tanah palestine di Tebing Barat. Maale Adumin, satu kawasan penempatan terbesar di Tebing Barat yang terletak
berdekatan Jerusalem, adalah tempat tinggal kepada 28,000 penduduk yahudi. Unit perumahan baru yang sedang dibina dijangka dapat menampung lagi 2000 keluarga.

Dibawah syaray-syarat pelan damai ‘road map’, Israel dikehendaki memberhentikan semua aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang
dijajah dimana 245,000 yahudi tinggal.