Lagi roket Hizubllah menggempur Haifa, 20,000 bersiap Meninggalkan Israel

Khamis ,27/07/2006 –
Kumpulan pejuang Lebanon terus melancarkan serangan roket ke beberapa perkampungan di
bahagian utara Palestin jajahan Israel tahun 1948 sebagai tindak balas terhadap Israel yang
menceroboh selatan Lebanon. Akibatnya, sejak pagi ini (26/07) lima warga Israel cedera dan lebih kutang
20,000 penduduk Israel siap sedia meninggalkan Israel untuk menyelamatkan diri.

Pencerobohan Israel ke Lebanon sendiri sejak awal hingga kini sudah mengorbankan lebih dari 100
warga awam dan ribuan yang cedera ,ramai terpaksa melarikan diri,merosakkan banyak rumah serta
infrastruktur awam di sebahagian besar wilayah Lebanon. Dalam serangan balas Hizbullah ke
bandar-bandar Israel, hari ini (26/07) sebuah roket Katusya jatuh di penempatan Kariut di sekitar bandar
Haifa Israel. Roket itu tepat mengenai sebuah kenderaan Israel. Sebuah roket lain pula menyebabkan
satu kebakaran di wilayah itu.

Roket-roket yang dilancarkan turut menembusi penempatan Karmael sebelah utara bandar Aka. Walaupun
tiada kematian dilaporkan namun banyak kemusnahan besar berlaku di sana.

Sementara itu di Hebron dilaporkan, harian Israel Haarets edisi Selasa (25/07) menyiarkan berita
terdapat lebih dari 20,000 warga Israel sejak minggu lalu membuat permohonan di Kementerian Dalam
Negeri Israel untuk mengeluarkan pasport segera. Menurut sumber kementerian tersebut permohonan ini
tidak wajar dibuat. Permohonan itu datang dari bandar Tel Aviv, Hadlirah, Netania, Aqulah,
Hartesilia, Rashon Litson, Bane Barak, Kafr Saba, Ramart Ghan, dan Beitah Tahfa.

Beberapa orang pemerhati mengatakan, jumlah mangsa korban Israel akibat digempur roket Hizbullah
akan terus meningkat jika ribuan warga Israel di sebelah utara jajahan Palestin tidak melarikan
diri.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.