Pasukan Keselamatan Israel menahan seorang professor warga Kanada.

Jumaat ,28/07/2006 –
Radio Hebrew berkata Division Penapisan Tentera Israel membenarkan penyiaran berita mengenai penangkapan seorang professor dari sebuah universiti di Kanada, Dr.Ghazi Falah.

Ghazi berasal dari perkampungan Galilee yang terletak di kawasan Palestin 1948 ditahan tiga minggu lalu kerana mengambil gambar kedudukan-kedudukan yang dianggap sensitive. Professor itu dituduh menjadi perisik kepada pergerakan Hizbullah di Lubnan. Mahkamah di Bandar Akka Rabu lalu telah melanjutkan tempoh tahanan ke atas Ghazi selama 4 hari lagi sehingga selesai siasatan. Professor itu ditahan semasa melawat
ibunya yang sedang sakit.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.