Rejim Zionis culik Menteri Palestin, Ahmed Mubarak

Jumaat ,28/07/2006 –
Rejim Zionis telah berjaya menculik Menteri Palestin, Ahmed Mubarak (gambar) di rumah saudara terdekat isteri beliau di Beitonia, barat Ramallah


Isterinya berkata, seramai 50 tentera Rejim Zionis telah memecah masuk ke rumah itu pukul 2.30 pagi dan menculik suaminya tanpa memberi peluang menukar pakaian dan membawa barang persendirian.
Isterinya juga berkata Ahmed Mubarak tetap menyertai perjumpaan PLC dan meneruskan kerja beliau walaupun Rejim Zionis sedang berusaha menjejaki nya dengan berkali-kali memecah masuk rumah mereka sebelum ini.
Rejim Zionis telah menahan Ahmed Mubarak, 44 tahun sebanyak 12 kali. Beliau yang merupakan orang kuat HAMAS mengidap darah tinggi dan sakit jantung. Beliau juga bapa kepada 7 orang anak.
Sebelum ini Rejim Zionis telah gagal menahan Mubarak pada 29/6/2006 semasa penahanan beramai-ramai 24 Pegawai dan 8 Menteri Kabinet Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.