Abu Zuhri: Amerika Anggap Kejahatan Israel Biasa

Jumaat ,28/07/2006 –
Amerika masih menganggap tindakan Israel ke atas Jalur Gaza dan Lebanon sebagai tindakan wajar. Hamas yakin kedatangan Rice ke Palestin hanya ancaman dan tekanan sahaja. Kunjungannya hanya sebagai penegasan sikap masalah yg terlibat di Timur Tengah dan hanya untuk kepentingan Israel dan menjadi negara itu semakin berani dan gila membunuh rakyat Palestin.


Sementara itu, Al Mazini, pemimpin politik Hamas memberitahu Negara Arab yg tidak berpihak kepada rakyat Palestin dan Lebanon adalah negara yg telah menghancurkan harapan rakyat Palestin dan Lebanon. Namun demikian Hamas berkata, Hamas tidak bergantung pada keputusan ini.

Al Mazini memberi respon pada komen wakil2 Arab yg mengatakan tidak membela kepentingan bangsa Arab dan Islam. Kata Al Mazini, jika kita ikut komen mereka, siapa yg akan membela kehormatan dan hak2 bangsa ini? Pernyataan mereka lemah dan boleh menghancurkan harapan rakyat Palestin. Seharusnya wakil2 Arab ini harus berterima kasih kepada dua gerakan ini (Hamas Dan Hizbullah) yg membela bangsa Arab dan haknya.
Hanya meminta jika Negara2 Arab tidak mahu membantu rakyat Palestin dgn senjata atau tenteranya, seharusnya menarik duta besar mereka dari Israel.