Haneya Kecam Pembantaian Qana Oleh Israel

Isnin ,31/07/2006 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya mengecam keras tindakan keganasan Israel ke atas wilayah Qana yg dianggap sebagai pengannas antarabangsa. Haneyya menegaskan, tindakan Israel ke atas Palestin dan Lebanon ini pasti tidak berjaya.


Beliau berkaa di depan sidang kabinetnya pagi tadi di Gaza. Beliau berkata “Kita dikejutkan dgn aksi biadap Israel yg menyerang perkampungan Qana dan membunuh syahid paling kurang 55 warga Palestin dan anak-anak.

Keganasan Israel di Lebanon terhadap penduduk tempatan dan memusnahkan infrastruktur bangunan menunjukan Israel masih lagi tidak mencapai misinya untuk menguasai Lebanon yg dirancang secara sistematik. Israel juga menolak mentah-mentah usul yg dibawa oleh beberapa negara tengah.

Pemerintah Palestin sgt tegas dan berkeras mengutuk tindakan zionis Israel ke atas warga Qana. Ini adalah serangan kedua mereka dan yg pertama telah membunuh 106 org warga tak berdosa.

Haneyya kecewa kerana masyarakat antarabangsa sangat lambat menangani masalah ini. Malah, Amerika secara terang-terangan memberi lampu hijau kepada Israel untuk melakukan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak Palestin dan Lebanon.

Haneyya menuntut PBB dan Persatuan Keamanannya untuk memberikan tindakan seberat-beratnya kepada Israel, kerana telah melanggar semua undang-undang dan revolusi Keamanan PBB. Beliau juga berharap Persatuan Eropah, Liga Arab dan Persatuan Negara2 Islam dapat bersatu membuat langkah lebih tegas menghentikan kezaliman Israel ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.