Jurucakap PRC terselamat daripada cubaan bunuh

Isnin ,31/07/2006 –
Kumpulan Penentang Popular (PRC) mengesahkan bahawa jurucakapnya, Mohammed Abdul Al turut dikenali sebagau Abu Abir telah menjadi sasaran bunuh Sabtu lalu.

Kumpulan itu berjanji akan menuntut balas ke atas golongan yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut. Kenyataan PRC menyebut, sepuluh orang lelaki bersenjata telah menyerang Abu Abir di Bandar Gaza sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas beliau. Mereka kemudiannya mengejar Abu Abir namum Abu Abir sempat menyelamatkan diri. “Kami akan berusaha keras menuntut balas kepada mereka yang terlibat dalam insiden itu tanpa mengira kedudukan mereka!” walau bagaimanapun, PRC tidak mengaitkan mana-mana pihak terhadap cubaan itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.