Briged Al-Qassam Balas dendam terhadap pembunuhan beramai-ramai di Qana!

Isnin ,31/07/2006 –
Bagi membuktikan kesatuan darah dan jiwa di antara rakyat Palestin dan Lubnan, sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam yang ternyata tidak berpuas hati dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera IOF di Qana telah bertindak balas melancarkan tiga roket ke kawasan penempatan Israel di Sderot. Kenyataan rasmi ketenteraan yang dikeluarkan Briged serta salinannya kepada PIC menyebut, pejuang-pejuangnya telah berjaya memusnahkan penempatan Sderot di kawasan Timur Laut Gaza dengan menggunakan tiga missile buatan sendiri.

Briged Al-Qassam turut melepaskan satu daripada missile Qassam kearah kedudukan tentera IOF di Nazal Oz. Sayap ketenteraan Hamas itu dalam kenyataannya berkata bahawa serangan roket yang dilancarkan adalah serangan balas di atas kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan terutamanya pembunuhan beramai-ramai di Qana pada fajar Ahad lalu. Lebih daripada 58 orang rakyat Lubnan, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak tertanam dibawah runtuhan bangunan apabila kapal udara Israel menjatuhkan bom-bom yang berat serta menembak ke arah kawasan penempatan penduduk. Ke semua mangsa telah melarikan diri dari kampung halaman masing-masing berikutan serangan Israel dan berlindung di bangunan tersebut.

Dalam pada itu, Briged Al-Quds, sayap ketenteraan Jihad Islami dan Briged Abu Ali Mustafa, sayap ketenteraan PFLP turut melepaskan tembakan ke atas tentera IOF di timur khemah pelarian Maghazi.Hamas menjemput rakyat Palestin di Bandar Gaza untuk menyertai tunjuk perasaan yang dianjurkan bagi membuktikan kesatuan mereka dengan mangsa-mangsa di Qana. Sepuluh ribu penyokong Hamas, pihak yang bersimpati serta rakyat biasa dijangkan akan menyertai tunjuk perasaan tersebut.Di Bandar Bethlehem pula, kem pelarian Doheisha menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran menyokong pejuang-pejuang Palestin dan Lubnan mengutuk tindakan jijik IOF di Bandar Qana, Lubnan.

Pergerakan Islam di Palestin mahu pegawai-pegawai Israel dihukum sebagai penjenayah perang. Mereka menyeru masyarakat antarabangsa agar berani dan membebaskan diri dari cengkaman Amerika. Mereka menuntut agar Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, menteri perangnya, Amir Peretz, Ketua IOF, Dan Halutz dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di atas kekejaman mereka terhadap masyarakat di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Lubnan. Mereka menggesa masyarakat Arab serta ummah muslim agar bertindak secara rasmi dan tegas demi menyelamatkan maruah umat Islam yang dipijak-pijak Amerika dab Israel sejak berdekad lamanya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.