Sikap Lembik Arab: Setiausaha Agung Liga Arab Serius Kemuka Perletakan Jawatan

Isnin ,31/07/2006 –
Sumber-sumber dari al Quds (Jerusalem) mengatakan sejumlah pegawai tinggi negara-negara
Arab secara serius ingin mengundurkan diri dari jawatan masing-masing susulan sikap lembik negara
mereka atas pencerobohan Israel di Gaza dan Lebanon. Dengan alasan sama, Setiausaha Agung Liga Arab,
Amre Musa kini sedang bersiap untuk mengajukan perletakan jawatan.

Demikian disiarkan harian al Manar yang diterbit di al Quds semalam. Al Manar menyebutkan,
pihaknya mendapat tahu masalah ini daripada beberapa sumber yang dipercayai dari beberapa ibukota Arab
yang menyatakan bahawa sejumlah pegawai senior di lebih dari satu negara Arab sedang berkira-kira
secara serius untuk mengajukan pengunduran diri sebagai protes atas sikap rasmi pemerintah Arab
berkait dengan perang Amerika Israel terhadap bangsa Palestin dan Lebanon.

Sumber-sumber al Manar mengatakan, antara para pegawai tinggi Arab tersebut terdapat anggota
parlimen, wakil agensi kerajaan, kedutan besar dan yang lainnya adalah mereka yang menduduki jabatan
tinggi termasuk sebahagian lain yang bertugas di bahagian keamanan dan ketenteraan.

Sumber al Manar yang dekat dengan Setiausaha Agung Liga Arab mengatakan, Amre Musa kini sedang
berkira-kira untuk mengundurkan diri sebagai Setiausaha Agung Liga Arab sebagai protes atas sikap
negara-negara Arab berhubung tindakan zalim yang dilakukan Amerika dan Israel terhadap dua bangsa,
Palestin dan Lebanon.

Menurut sumber al Manar, ketika bertemu dengan para pemimpin Arab di pejabat Liga Arab, Amre Musa
telah mengingatkan tentang kemungkinan besar meluasnya zon perang yang akan sampai hingga ke
Syria. Beliau menegaskan bahawa tujuan kemasukan Israel adalah untuk menghancurkan, memusnahkan dan membuat kerosakan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.