U.S. kemungkinan mengepam minyak daru Utara Iraq ke Haifa melalui Jordan


U.S. telah meminta Israel untuk mengkaji kemungkinan mengepam minyak dari Iraq ke kilang penapisan di Haifa. Permintaan ini datang dari sepucuk Telegram yang di hantar oleh seorang pegawai kanan Pentagon ke pegawai kanan kementerian Luar Negeri di Baitul Maqdis

Pejabat Perdana Menteri, berpendapat paip minyak ke Haifa adalah sebagai Bonus dari US terhadap sokong tak berbelah bahagi terhadap kempen di Iraq, dan telah meminta dari US Telegram Rasmi.

Paip baru ini akan menyalur minyak dari Kirkuk, di mana 40% minyak Iraq di hasilkan di hantar ke Israel melalui Mosul dan Jordan. Di dalam telegram tersebut, US meminta kos membaik pulih paip Mosul-Haifa yang telah di guna sebelum 1948. Semasa perang 1948, Iraq telah menghentikan aliran minyak ke Haifa.

Israel menganggarkan pembinaan paip yang berukuran 42 inci diameter akan menelan belanja USD400,000 per kilometer. Paip yang ada sekaranf hanya 8 inci diameter.

MInyak Iraq sekarang ini bi hanatar ke sebuah pelabuhan kecil di mediteranian berhampiran dengan sempadan Syria. Turki mengutip Transit fee, yang menjadi salah satu sumber pendapatan penting bagi Negara tersebut. Buat masa kini paip tersebut rosak akibat dari aktiviti sabotaj.